berita

Dicipta Untuk Setiap Keluarga, Prudential Malaysia Komited Untuk Memenuhi Keperluan Insurans Umum

July 25th, 2022 | by Sya Alkaf
Kesihatan & Hidup Aktif

Konsep keluarga besar yang merupakan budaya penduduk rantau Asia adalah sesuatu yang tidak asing lagi terutama sekali dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mereka yang hidup dalam keluarga besar, mesti faham bahawa rasa kasih sayang dan tanggungjawab kita adalah lebih luas tidak hanya merangkumi ibu, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak ataupun penjaga sah sahaja.

Berbekalkan rasa tanggungjawa tersebut, kami faham sangat kalau ramai sebenarnya yang nak sediakan keperluan kesihatan dan kewangan buat ahli keluarga kembangan betul tak? Tetapi hal ini agak rumit untuk diteruskan berikutan status pertalian mereka.

Tapi sekarang korang dah tak perlu risau lagi tau! Sebab korang dah bebas untuk namakan ahli keluarga kembangan sebagai individu saraan dengan Prudential Malaysia!

Definisi individu saraan kini diperluas

Prudential Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen ‘Dicipta Untuk Setiap Keluarga’ sebagai tanda komited ke arah memperkembang serta melindungi kepelbagaian struktur dan jenis keluarga di Malaysia.

Melalui kempen tersebut, mereka memgumumkan definisi individu saraan untuk polisi insuran dan sijil takaful di bawah Prudential Malaysia tidak lagi terhad kepada keluarga terdekat sahaja.

Para pelanggan kini boleh menamakan datuk/nenek, ibu/bapa saudara, adik-beradik, sepupu, anak saudara dan cucu sebagai individu saraan mereka tanpa sebarang masalah.

Merapatkan jurang perlindungan

Encik Eric Wong, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengagihan Perkongsian Prudential Assurance Malaysia Berhad berkata “Kami amat komited dalam menyediakan penyelesaian yang relevan untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kewangan para pelanggan. Dengan memahami definisi keluarga yang lebih progresif dan inklusif, kami boleh menyediakan akses perlindungan kewangan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.”

Terkini, lebih daripada separuh populasi masyarakat Malaysia tidak memiliki polisi insurans hayat atau sijil takaful keluarga. Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) juga menyifatkan di kalangan golongan telah dilindungi, lebih 90 peratus tidak memiliki perlindungan yang mencukupi untuk melindungi diri dan keluarga mereka.

Dengan penyelesaian yang lebih inklusif ini, Prudential Malaysia berharap untuk merapatkan jurang perlindungan dan memberi perkhidmatan kepada lebih ramai individu dan keluarga.

Bersempena kempen “Dicipta Untuk Setiap Keluarga” Prudential Assurance Malaysia Berhad berbesar hati menawarkan peluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM40,000!

Haa.. Hadiah utama dia memang best geng, korang boleh ambil gambar potret profesional bersama keluarga tersayang!

Syarat utamanya, korang perlu cipta avatar berkumpulan yang memperlihatkan keluarga korang. Sticker ini kemudiannya boleh dimuat turun dan digunakan dalam perbualan harian.

Untuk mengetahui langkah penyertaan, korang boleh klik di SINI.

Buat korang yang perlukan maklumat lanjut mengenai pelan insurans dan perlindungan yang ditawarkan Prudential Malaysia, korang boleh terus ke laman web rasmi mereka di www.prudential.com.my atau www.prubsn.com.my.

SKIP THIS AD ×