berita

Dicop Pemusnah Rumah Tangga Orang, Individu Ugut Nak Simbah Asid Ke Wajah ‘Nurul Ain’

August 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Fenomena drama 7 Hari Mencintaiku sedikit sebanyak telah mempengaruhi kehidupan aktres yang baru sahaja melonjak naik iaitu Wafariena Roslan. Memegang watak sebagai Nurul Ain, aktres cantik ini berjaya membangkitkan ‘kemarahan’ orang ramai.

Terbaru, Wafariena mengakui dirinya sering dimaki dan dimarahi orang ramai malah ada yang sampai mengugut akan menyimbah asid kepadanya.

Ramai ‘berang’ dengan Nurul Ain

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, aktres yang berusia 25 tahun ini memaklumkan dirinya sering menerima Direct Message (DM) di Instagram yang berunsur makian daripada penonton drama 7 Hari Mencintaiku. Tetapi ianya langsung tidak memberi kesan kepada Wafa.

Aktres kelahiran Pulau Pinang ini beranggapan para penonton terlalu ‘beremosi’ yang secara tidak langsung membawa maksud lakonannya sebagai wanita ‘perampas’ menjadi.

Walaupun kena maki hamun, saya gembira akhirnya penonton menyedari kewujudan saya. Saya sudah jangka watak Nurul Ain akan menerima impak besar. Ada yang memanggil saya dengan gelaran tidak baik, paling lucu apabila ada yang mengambil gambar mereka sedang meletakkan kaki pada muka saya di skrin televisyen (TV), kemudian menghantarnya kepada saya.

Diugut simbah asid

Bukan itu sahaja, Wafa mengakui ada individu telah mengancam untuk menyimbah asid ke wajahnya. Menceritakan kisah itu, Wafa memberitahu dia juga pernah dimarahi oleh seorang mak cik ketika sedang makan di sebuah restoran dan dia amat bersyukur tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan keadaan juga dapat dikawal.

Cuma, saya perlu berhati-hati apabila ada yang mengugut mahu menyimbah asid ke wajah. Nasib baik kita dikehendaki memakai pelitup wajah, jadi sukarlah mereka mengecam wajah saya.

Tetapi, pernah juga saya dimarahi seorang makcik ketika sedang makan, gara-gara terlalu membenci Nurul Ain. Awalnya, saya agak terkejut dan memintanya bersabar, tetapi semuanya baik-baik sahaja, malah dia siap bergambar dengan saya.

Selain berlakon, Wafa juga bergiat aktif dalam bidang nyanyian. Dalam pada itu, aktres cantik jelita ini meluahkan rasa syukur kerana kewujudannya dalam industri lakonan tempatan diterima ramai malah dia juga kini menerima banyak tawaran berlakon.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×