Nama pasangan popular Hyun Bin dan Son Ye-jin menjadi isu utama di media sosial di Korea Selatan selepas timbul dakwaan mereka akan bercerai.
Bercerai selepas enam bulan perkahwinan?
Di Tiktok, dakwaan tidak berasas tersebut tercetus selepas sebuah saluran YouTube, 1 Minute Issue memuat naik video dengan tajuk kontroversi berbunyi ‘Hyun Bin dan Son Ye-jin bercerai selepas enam bulan perkahwinan.’
Ternyata, video tersebut merupakan dakwaan palsu yang sengaja direka pemilik akaun berkenaan memandangkan fakta yang ditulis tidak tepat.
Hal ini kerana, usia perkahwinan pasangan selebriti yang diberi jolokan BinJin oleh peminat itu sudah pun memasuki tempoh setahun.
Namun begitu, apa yang membuatkan peminat pasangan itu berang apabila video tersebut turut menyatakan Hyun Bin ketagih berjudi.
Sebagai maklum balas terhadap video palsu tersebut, agensi Hyun Bin iaitu M Steam Entertainment akan terus memantau saluran berkenaan sekali gus menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pelaku.
Secara jelas, itu berita palsu. Pihak kami ada meminta pemilik saluran memadam kandungan tersebut. Kami akan mengambil tindakan undang-undang tegas untuk isu ini.
Video
Sumber: DaebaKingTv