Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila timbul dakwaan yang menyatakan penyanyi, Black Hanifah memiliki sebuah kapal mewah hasil dari pengubahan wang haram.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nak Cakap Saya Nak Menunjuk Pulak’ – Black Halalkan Sewa Rumah Bulan April
Artikel Berkaitan: ‘Artis Juga Sebahagian Rakyat Malaysia’ – Mohon Bantuan Khusus Artis, Shuib Tampil Sokong Black, Tomok
Dapatkan rawatan
Menerusi beberapa hantaran di Instagram (IG) Story, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhamad Hanafiah itu dilihat sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.
Di dalam video tersebut, dia berkongsi tentang keadaan terkini selepas menghadapi serangan ‘anxiety’ berikutan fitnah dan dakwaan terhadapnya.
Saya agak stress dengan video yang muncul dalam dua hari ini yang kata saya ‘cuci duit’. Saya tak pasti ini daripada mana. Saya bukan jenis nak melenting tapi saya berharap agar pihak bertanggungjawab itu hentikan fitnah mengatakan saya ‘cuci duit’.
Apa pun terima kasih juga disebabkan ini orang dah tahu saya ada perniagaan di Langkawi. Cuma saya banyak berfikir.. Saya harap orang-orang Melayu bangga dengan orang-orang yang berjaya bukannya menjatuhkan.
Sebelum ini, penyanyi berusia 35 tahun itu telah tampil menjelaskan bahawa dakwaan tersebut hanyalah semata-mata fitnah dan menyifatkan individu atau pihak yang menyebarkan perkara tersebut iri hati terhadapnya.
Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa semua kesenangan yang dimilikinya adalah hasil usaha kerasnya sendiri.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang mendakwa pelantun lagu Teman Pengganti itu memiliki sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi. Dakwaan tersebut turut mempersoalkan kemampuan Black untuk membeli aset itu sehingga tercetus spekulasi dia terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.
Sumber: Instagram