berita

Didakwa Bercuti Di PD, Aeril Jelaskan Pergi Negeri Sembilan Sebab Kerja – ‘Kami Tidak Bermalam Pun Di Sana’

September 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memuat naik video TikTok di sebuah tempat peranginan di Negeri Sembilan telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Rata-rata warganet tertanya-tanya disebabkan kerajaan masih belum membenarkan untuk merentas negeri hanya daerah sahaja.

Artikel Berkaitan: ‘Padahal Duduk Rumah Je’ – Aeril Zafrel Positif Covid-19 Kali Kedua 

Ada penggambaran kempen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Selepas berdiam diri, pelakon Wawa Zainal tampil menjelaskan dengan menegaskan kehadiran mereka sekeluarga ke sana disebabkan atas tuntutan kerja.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata anak-anaknya turut sama terlibat dalam penggambaran kempen tersebut.

Sebenarnya kami pergi ke sana bukan untuk jalan-jalan tetapi ada penggambaran untuk kempen. Kami dah dapat kebenaran untuk pergi ke sana.

Anak-anak kami ikut sekali pun disebabkan tuntutan kerja. Kami tidak bermalam pun di sana, tidak ada istilah berseronok.

Kalau ada yang tak puas hati saya doakan kalian semua pun dapat rentas negeri tak lama lagi.

Malas nak balas komen

Dalam pada itu, aktor Aeril Zafrel menyatakan dia enggan membuka ruang kepada netizen untuk mengecam dan berselisih faham justeru dia dan isteri memilih untuk tidak membalas komen-komen yang mendakwa mereka merentas negeri menggunakan tiket ‘privilege’.

Kami ambil langkah untuk mendiamkan diri dengan komen-komen macam tu. Kita cuba nak terangkan pun salah juga. Dengan keadaan sekarang ini kebanyakan individu yang menulis sekadar untuk luah perasaan, mesti nak marah-marah.

Dan saya rasa kalau saya membalas komen tersebut akan membuka ruang untuk orang kecam dan berselisihan faham.

Kita sebagai rakyat kena jaga SOP. Kalau anda berpeluang untuk rentas negeri, make sure ada sebab dan mendapat kelulusan juga.

Aeril dan Wawa berkata demikian ketika sesi temu bual bersama Melodi yang disiarkan pada Ahad lalu.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan tiga orang anak, Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya, 1. Kini, Wawa sedang hamil anak keempat.

 

Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official

SKIP THIS AD ×