Nama penyanyi Aliff Aziz, kembali menjadi viral di media sosial apabila dia ditahan oleh polis di Singapura, hari ini. Menerusi laporan Harian Metro, Aliff ditahan oleh pihak polis kerana didakwa berada dalam keadaan mabuk dan mengganggu ketenteraman orang ramai semasa berada di tempat awam.
Ayah ada orang pukul abang
https://www.facebook.com/hoimedia/videos/1006330276374185/
This came with the videos I was forwarded pic.twitter.com/No4akL76Kk
— kecepirit (@hiokhiokkontet) November 10, 2019
Menerusi dua video yang viral di media sosial, Aliff kelihatan sedang bergelut dengan dua orang pegawai polis yang hendak menggari tangannya. Pada masa yang sama, dia sedang menghubungi ayahnya sambil menjerit-jerit memberitahu bahawa dirinya sedang dipukul. Aliff juga memohon bantuan daripada ayahnya, sebelum dua buah kereta polis tiba di lokasi tersebut.
Bergaduh dengan seorang lelaki
Menurut laporan portal Berita Mediacorp, penangkapan Aliff sudah disahkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF), selepas dia dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki di kawasan Orchard Road, lebih kurang pukul 6.40 pagi tadi. Aliff juga didapati sedang bergelut dengan dua orang pegawai polis yang bertugas ketika mereka cuba untuk menggari tangannya.
Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, Aliff yang nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan.
Ekoran daripada kejadian tersebut, penjelasan daripada keluarga Aliff mahupun bekas isterinya iaitu Bella Astillah masih belum diterima. Aliff di tangkap di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak. Walau bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro, Berita Mediacorp, Hzrq Halim & Hoi Media