Pelakon Meerqeen akhirnya membuka mulut berikutan isu disindir bakal dicampak ke neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin.
Artikel Berkaitan: Gal Gadot Sokong Israel, Netizen Ungkit Gambar Meerqeen – ‘Dah Boleh Cancel Dia Ni’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Okay Je’ – Meerqeen Jawab Isu Bergambar Dengan Gal Gadot
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Bergambar Dengan Zionis?’ – Netizen Kecam Zahirah Macwilson Bersama Gal Gadot
Saya seorang muslim
Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, bukan semua perkara atau kebaikan yang dilakukan perlu dikongsi kepada umum.
Terima kasih, saya seorang Muslim. Tanggungjawab saya sebagai orang Muslim saya sudah jalankan. Bukan semua perlu dikongsikan dengan semua.
Terdahulu, seorang individu meminta pelakon ‘Melur Untuk Firdaus’ ini untuk membayangkan bagaimana rasa sekiranya dimasukkan ke neraka disebabkan tidak membuat sebarang hantaran berkenaan Palestin.
Tambah Meerqeen, segala kebaikan yang dilakukannya buat saudara di Palestin cukup hanya perlu diketahui oleh Maha Pencipta.
Cukup saya dan Maha Esa tahu apa yang saya buat untuk saudara disana sudah memadai.
Selain itu, dalam posting lain, Meerqeen menjelaskan yang dia mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan juga kezaliman terhadap manusia.
Ujarnya, dengan kudrat dan kemampuan yang ada, dia akan terus menjalankan tanggungjawab dalam memerangi kezaliman dan menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar.
Saya adalah seorang Muslim. Saya dididik dengan lengkap oleh kedua ibu bapa saya akan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim. Saya tidak pernah sesekali pun berpaling dari pendirian saya itu.
Nama Meerqeen antara yang disebut-sebut oleh netizen berikutan tidak menunjukkan sebarang sokongan kepada rakyat di Palestin. Bahkan ada juga pihak yang memuat naik semula gambar Meerqeen bersama Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York.
Sumber: Instagram