Meskipun sudah berpisah, hubungan penyanyi Aliff Aziz dan bekas isterinya iaitu Bella Astillah dipercayai masih baik. Terbaru, seorang individu telah berkongsi satu rakaman video di Twitter, mengenai sesi ‘Live’ Bella bersama Aliff di Instagram. Menerusi perkongsian itu, netizen meninggalkan komen negatif buat Bella kerana cuba meraih perhatian netizen.
This makes me emotional
dis makes me emotional :/ pic.twitter.com/3lIHVYwEsi
— E (@EBatrishiaa) September 22, 2019
Menerusi video berdurasi 0:56 saat, Bella kelihatan melakukan Instagram Live bersama bekas suaminya, Aliff Aziz. Video tersebut menyaksikan Bella sedang menyanyikan lagu ‘Attention’ sambil diperhatikan oleh Aliff. Pada masa yang sama, Aliff turut mengajar dan memberi komen terhadap teknik nyanyian Bella.
Dia nak attention saja
Menurut netizen, mereka berpendapat penyanyi kelahiran Kota Kinabalu itu sengaja meraih perhatian. Sebagai bekas isteri, netizen turut menasihati Bella, supaya tidak terlalu menunjuk sifat kemesraan yang melampau di laman sosial kerana perkara itu boleh mengundang fitnah dan kutukan yang negatif daripada masyarakat.
Sumber:Batrishiaa