berita

Didakwa Cuba Bunuh Diri, Pelakon Korea Oh In-hye Meninggal Dunia

September 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon filem ‘Red Vacance Black Wedding’ iaitu Oh In-hye ditemui meninggal dunia di rumahnya semalam. Menerusi laporan Koreaboo.com, berita kematian tersebut telah disahkan oleh seorang rakan baiknya.

Jantung berhenti berfungsi

 Kami mengesyaki dia cuba membunuh diri, tapi kami belum siasat orang-orang yang disyaki terbabit.

Menurut pihak polis, On In-hye dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada di rumahnya di kawasan Songdo International Business District, Incheon, Korea. Tambah mereka, pelakon tersebut pengsan akibat masalah jantung sekitar jam 5 pagi.

Susulan daripada itu, dia dibawa ke hospital berdekatan untuk diberikan bantuan kecemasan. Menurut doktor yang merawat, denyutan nadi dan pernafasan On In-hye berada dalam keadaan yang stabil meskipun tidak sedarkan diri. Pemeriksaan lanjut terhadap pelakon berusia 36 tahun itu akan diteruskan sekiranya dia sedar kembali.

Dikebumikan esok

Saya berharap dia kuat ketika melalui masa kritikal, tapi dia tak sedarkan diri sehingga akhir dan jantungnya berhenti berfungsi.

Namun begitu, On In-hye secara tiba-tiba berada dalam keadaan kritikal semula dan doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia. Menurut sumber, mayat On In-hye akan dikebumikan secara tertutup di Inha University Hospital esok.

Mengimbas semula mengenai kariernya dalam bidang lakonan, On In-hye mula menempa nama menerusi filem Sin of a Family pada tahun 2011. Seterusnya, dia membintangi drama Horse Doctor dan The Return: Jwibulnori dan beberapa filem seperti Eating, Talking, Faucking, No Breathing, Secret Travel dan The Plan.

Sumber: Koreaboo & Soompi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×