berita

Didakwa Curang Enam Kali, Ismail Izzani Mohon Maaf Kepada Peminat

April 2nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lalu kecoh di laman media sosial apabila seorang instafamous mendakwa telah dicurangi sebanyak enam kali oleh penyanyi muda yang terkenal menerusi single terbarunya ‘Luar Biasa’ – Ismail Izzani. Penyanyi berkenaan bertindak menyepikan diri daripada akaun twitternya beberapa hari selepas dakwaan terbabit tular.

Terbaru, Ismail Izzani memohon maaf berkenaan perkara tersebut terutamanya kepada peminat dan penyokong kariernya melalui akaun peribadinya di twitter.

‘Sekali penipu, selamanya akan menipu..’

Wanita berkenaan meluahkan rasa kecewanya beberapa hari lalu melalui akaun twitter dan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan berita berkenaan.

‘Lelaki lain bukan sampah, tapi saya..’

Penyanyi Luar Biasa ini berterima kasih kepada semua yang telah mengemukakan kata-kata nasihat buat dirinya. Dia juga memohon agar semua pihak dapat memberikan dirinya peluang untuk move on dengan hidupnya.

‘Saya ada sebab sendiri dan ianya lebih baik seperti ini’

Ismail juga mengakui ada sebab tersendiri tentang perkara yang telah terjadi dan menganggap itu adalah jalan terbaik buat mereka. Dia juga tidak menghalang sekiranya ada lagi yang masih mahu berkata buruk berkenaan dirinya.

‘Saya mungkin belum bersedia..’

Sebagai seorang remaja mungkin saya tidak bersedia untuk mempunyai hubungan, tapi saya sekarang saya dah belajar dan akan memberi fokus yang lebih kepada karier saya. Saya mohon maaf kerana membiarkan penyokong saya sedih dan kecewa.

Credit: IsmailIzzani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×