berita

Didakwa Curang & Foto Mesra Tersebar, Pelakon Indonesia Berani Bawa ‘Kekasih’ Jumpa Isteri

August 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Choky dan Intan Permata (Liputan6)

Setiap pasangan bergelar suami isteri pasti akan melalui asam garam rumah tangga. Oleh hal demikian, sifat memahami dan bertolak ansur perlu ada dalam diri setiap individu untuk menyelesaikan segala salah faham yang terjadi.

Itulah yang dilakukan pelakon kacak dari Indonesia ini, Choky Andriano yang nekad membawa bekas teman wanitanya berjumpa dengan isterinya semata-mata mahu menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara mereka.

Foto mesra Choky dan Intan

Foto: Suara.com

Baru-baru ini viral beberapa foto di media sosial yang memaparkan aksi ‘mesra’ Choky bersama bekas teman wanita, Intan Permata. Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan isteri Choky iaitu Icha sehinggakan wanita itu nekad menanggalkan cincin perkahwinannya.

Berikutan daripada itu, Choky yang berusia 38 tahun ini nekad untuk mempertemukan Intan bersama Icha. Meskipun pada awalnya dia tidak berani tetapi disebabkan tidak mahu perselisihan faham yang berlaku antara mereka bertiga semakin berpanjangan, Choky memberanikan diri.

Saya berfikir bagaimana kalau ada sesuatu benda buruk berlaku? Kami bertiga berjumpa, Alhamdulillah tidaak ada apa-apa. Saya dan Intan telah menjelaskan kepada Icha tentang apa sebenarnya yang berlaku. Kami juga dah minta maaf.

Choky nafi dakwaan curang

Choky dan isteri, Icha (Liputan6)

Choky dan Intan juga telah menjelaskan perkara sebenar dan mengakui kesilapan yang dilakukan mereka. Selepas mendengar penjelasan daripada suami dan Intan, Icha mengakui sudah memaafkan mereka berdua.

Apabila ditanya mengenai kontroversi foto mesra bersama Intan, Choky mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan Intan tetapi itu adalah kisah lama dan kini mereka tidak ada apa-apa hubungan yang serius. Tegas Choky lagi, dia tidak pernah berlaku curang dibelakang isterinya, Icha.

Sumber: Hot Detik

SKIP THIS AD ×