Sekadar gambar hiasan
Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas didakwa mencuri barangan kemas pelakon itu, semalam.
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Rugi RM16k Terlepas ‘Flight’ Balik KL, Beg Berisi Wang RM10k Nyaris Dicuri Di London
Artikel Berkaitan: Kurang Ajar! Zarina Zainuddin Bengang Pembantu Rumah Lari Ikut Lelaki & Curi Barang Kemas
Rantai emas hilang
Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.
Difahamkan kecurian berlaku pada Jun lalu selepas pelakon wanita itu menyedari rantai emas miliknya hilang. Bukan itu saja, rantai emas milik anak pelakon itu juga turut hilang.
Difahamkan lagi, pelakon wanita itu turut kehilangan wang RM10,000.
Pemeriksaan di rumah wanita terbabit di Gombak turut menemui semula barangan kemas itu.
Di samping itu, pembantu peribadi tersebut juga ada membuat laporan di IPD Daerah Gombak mendakwa dipukul pelakon wanita terbabit.
Sumber berkata, punca pembantu peribadi itu dipukul kerana didakwa mereka cerita yang rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah.
Pelakon itu juga ada membuat laporan polis semalam.
Setakat ini, media sedang mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung penahanan itu.
Sumber: Harian Metro