berita

Didakwa Dah Dua Tahun Kahwin & Paksa Suami Cerai Isteri Pertama, Nora Ariffin Tampil Bersuara – ‘Astagfirullahaladzim …’

December 5th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua, penyanyi Datuk Nora Ariffin terpalit dengan kontroversi panas yang turut membabitkan suaminya, Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55.

Artikel berkaitan: Bakal Kahwin Tahun Ini, Nora Ariffin Pilih Cikgu – ‘Benda Baik Buat Apa Nak Sorok’

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Sah Bernikah Dengan Kawan Baik Arwah Suami

Bukan baru kahwin dah dua tahun!

Nama Nora, 48, menjadi sebutan di media sosial selepas timbul dakwaan mengatakan dia dan suami sudah berkahwin sejak dua tahun lalu. Sebelum ini, menerusi sebuah portal, Nora memilih untuk tidak berkongsi tarikh perkahwinan mereka kepada umum.

Lebih mengejutkan, individu tersebut mendakwa pemilik nama Wan Norafizah Ariffin telah meminta suaminya itu untuk menceraikan isteri pertama dengan hanya menggunakan kertas dan pen.

Pendedahan itu dibuat menerusi kiriman mesej yang dihantar kepada sebuah portal hiburan.

Nora bukan baru kahwin ya. Sudah dua tahun tapi katanya baru ‘dilamar’. Dia beritahu kepada umum kononnya baru dilamar apabila wajah suami baharunya itu kantoi dalam satu video percutian Nora ke Langkawi.

Hebat Nora berjaya menipu satu Malaysia. Boleh tanya Nora sendiri, berani kerana benar.

Tuduhan hanya fitnah

Tidak ingin mengulas lanjut, pelantun lagu Secebis Harapan menafikan tuduhan itu dan menegaskan itu adalah fitnah semata-mata.

Kiriman mesej pendek itu dihantar oleh Nora menerusi aplikasi WhatsApp.

Astagfirullahaladzim.. Semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya.

Sebelum ini, Nora menerusi laman Instagram (IG) mengesahkan sah bergelar isteri kepada sahabat baik arwah suaminya, baru-baru ini.

Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. Kemudian, pada 13 Disember 2019, Nora diduga pula dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Sumber: Instagram @itsnoraariffin

SKIP THIS AD ×