Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri kepada seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya merangkap sahabat baik arwah suaminya iaitu Rushdi Ramli.
Walaupun sebelum ini pernah dikaitkan bersama seorang Menteri Komunikasi dan Multimedia, tetapi ianya hanyalah desas desus dan dinafikan kedua-dua belah pihak.
Artikel berkaitan: ‘Sungguhpun Saya Telah Kehilangan Suami, Janganlah Fitnah’- Nora Jawab Isu Kahwin Menteri
Artikel berkaitan: Bakal Kahwin Tahun Ini, Nora Ariffin Pilih Cikgu – ‘Benda Baik Buat Apa Nak Sorok’
Berkongsi melalui Instagram
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin berkongsi berita itu menerusi hantaran di laman Instagramnya sendiri namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai butiran majlis perkahwinannya itu.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan ‘sayyidul ayyam’. Saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan saya telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi sejak dari kecil lagi.
Melalui hantaran yang sama juga, penyanyi terkenal ini turut memohon maaf kerana tidak menghebahkan awal berita gembira itu kerana berpegang kepada prinsip yang perkahwinan itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Dari awal lagi saya berniat untuk tidak berkongsi tentang ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah, jauh sekali untuk mencari publisiti.
Ujarnya lagi, dia menerima semuanya dengan penuh kesabaran, redha dan syukur kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah termasuklah jodoh, rezeki dan ajal. Walau bagaimanapun, Nora turut mengharapkan keberkatan dan juga doa semua pihak agar rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga.
Sumber: itsnoraariffin