berita

Didakwa Gigit Kemaluan Wanita Ketika Melakukan Hubungan Intim, Anak Bilionair Disaman

March 8th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Anak bilionair Thailand didakwa menyerang dan menggigit kemaluan seorang wanita semasa melakukan hubungan seks.

Artikel Berkaitan: Tular Foto Dua Lelaki & Seorang Wanita Selamba Lakukan Seks Siang Hari Di Atas Jejantas

Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Cederakan Alat Sulit ‘Skandal’ Guna Keris

Aplikasi temu janji

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan The Thaiger, suspek berdepan dakwaan oleh wanita yang difahamkan berkenalan melalui aplikasi temu janji. Suspek turut memaksa mangsa untuk memindahkan wang ke akaun banknya.

Mangsa, 28, merupakan seorang pekerja pejabat hadir ke Balai Polis Rattanathibet di Nonthaburi dengan banyak kesan lebam di badannya untuk membuat laporan terhadap lelaki berketerunan India-Amerika, Khittiphot.

Saya mengenali Khittiphot cuma selama lima hari selepas berkenalan di aplikasi temu janji pada 1 Mac lepas.

Dia (suspek) memukul dan menggigit kemaluan saya semasa kami bersetubuh.

Khittipot juga menghina dan menggigit jari, kemaluan dan muka saya.

Suspek ugut saya untuk memindahkan wang beribu-ribu baht ke dalam akaun banknya.

Difahamkan, Khittipot merupakan anak kepada seorang lelaki bilionar perhotelan terkenal di Chiang Mai dan memiliki ibu berketurunan Amerika.

Dimaklumkan, pihak polis menemui mangsa dan suspek bertengkar di luar kondominium selepas menerima panggilan daripada mangsa yang mengadu diserang.

Pihak polis mengusir Khittipot oleh kerana mangsa yang enggan membuat laporan ketika itu.

Susulan daripada itu, mangsa memaklumkan telah diugut oleh Khittipot sejak hari pertama mereka bertemu. Namun, suspek tidak menghiraukan dan yakin bahawa pihak polis tidak berani untuk menyentuhnya.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×