Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita di Brazil telah memotong zakar suaminya lalu membuang organ tersebut ke dalam mangkuk tandas.
Artikel Berkaitan: Suami Angkut Skandal Balik Rumah, Kantoi Buat ‘Projek’ Masa Solat Jumaat – ‘Suara & Aksi Terakam Dari Kamera Pantau Kucing’
Artikel Berkaitan: Lelaki Cedera Dibelasah Selepas Kantoi Ada Skandal Dengan Isteri Orang
Pam dalam mangkuk tandas
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Daily Mail, wanita yang berusia 34 tahun itu bertindak sedemikian selepas mengetahui suaminya telah meniduri anak saudara perempuannya yang berusia 15 tahun.
Wanita tersebut telah mengumpan mangsa untuk tidur bersama sebelum dia mengeluarkan pisau cukur lalu memotong zakar suaminya.
Suspek kemudian mengambil gambar organ tersebut lalu mengepamnya ke dalam mangkuk tandas.
Suspek pergi ke balai untuk melaporkan kejadian tersebut dan mengakui tindakan yang dilakukannya itu.
Dia turut memberitahu pihak polis bahawa dia telah membuangnya kerana tahu amat sukar untuk menyambung semula zakar yang telah putus.
Selamat petang, pegawai, saya datang untuk memperkenalkan diri saya, kerana saya baru saja memotong kemaluan suami saya.
Suaminya yang berusia 39 tahun itu ditemui hidup dan dikejarkan ke hospital walaupun keadaan kesihatannya tidak jelas.
Suspek kini berada dalam tahanan dan didakwa atas kesalahan cubaan membunuh.
Sumber: Daily Mail