berita

Mayat Pelajar Dengan Mata Dicungkil Keluar & Kesan Lebam Pada Alat Sulit Ditemui, Didakwa Didera Secara Seksual

October 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Mayat seorang gadis berusia 13 tahun telah ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang tebu.

Artikel Berkaitan: Mayat Doktor Wanita Ditemui Bogel, Muka Ditoreh & Disumbat Dalam Beg Pakaian

Artikel Berkaitan: Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah

Tak pulang ke rumah

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan The India Today, mayat tersebut didakwa telah diseksa sebelum dibunuh di ladang tebu di Lakhimpur Kheri, Uttar Pradesh, India pada awal Oktober lalu.

Menurut sumber, gadis tersebut dipercayai hilang dan didapati tidak pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan. Ibu bapanya kemudian bertindak memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Bagaimanapun keesokkan harinya, penduduk kampung menemui mayat gadis berkenaan dalam keadaan telah dicacatkan dengan mata mangsa dicungkil keluar sebelum melaporkan insiden itu kepada pihak polis.

Polis kemudian segera ke lokasi kejadian dan memaklumkan bahawa terdapat kesan lebam berhampiran bahagian alat sulit mangsa.

Susulan itu, mayat mangsa telah dihantar ke jabatan forensik untuk dibedah siasat bagi mengetahui sama ada gadis malang tersebut diserang secara seksual atau tidak.

Dalam masa yang sama, pihak polis telah mengerakkan pasukan untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut.

Sumber: India Today, India.com

SKIP THIS AD ×