Penyanyi Arrora Salwa berharap semua peminatnya untuk bertenang susulan dakwaan menggunakan ‘mak esah’ untuk bertahan di pentas Gegar Vaganza musim kesebelas.
Artikel Berkaitan: Arrora Salwa Sertai GV11 Untuk Buktikan Kemampuan, Sanggup Ambil Cuti Tanpa Gaji Selama Empat Bulan
Artikel Berkaitan: Ning Baizura Setuju Sertai GV11 Demi Ibu, Ingin Cipta Kenangan Terindah – ‘Dia Dah 80 Tahun & Hidap Dimensia’
Pencinta Arrora Salwa bertenang
Menerusi sebuah posting di Instagram Story, Arrora berharap peminatnya untuk bertenang dan menganggap dakwaan tersebut sebagai hiburan sahaja.
Tambah Arrora, sekiranya ada pihak yang berlebihan dan menganggu nama baiknya, dia tahu apa yang perlu dilakukan selanjutnya.
Arrora Salwa kesayangan anda okey. Kita chill k sayang-sayang kesayangan semua ok. Anggap je hiburan.
Terdahulu, ada pihak cuba memfitnah Arrora menggunakan ilmu hitam semasa dalam GV11 sebagai strategi memenangi program realitI tersebut.
Sumber: Arrora Salwa