berita

Didakwa Hilang Ketika Bercuti Di US, Marshanda Sebenarnya Masuk Hospital Sakit Jiwa Dua Minggu

August 8th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, industri hiburan Indonesia digemparkan dengan berita kehilangan pelakon dan penyanyi, Marshanda yang sedang bercuti di Amerika Syarikat. Berita tersebut dikongsikan sahabat baik Marshanda sendiri yang turut bercuti di sana.

Hidap masalah mental

Menerusi media sosial Sheila Salsabila, wanita ini meminta Presiden Jokowi membantunya mencari Marshanda. Selepas berita tersebut viral, Marshanda terus muncul dan mengatakan dirinya tidak ‘hilang’. Marshanda memberitahu dia menghidap masalah mental iaitu Bipolar. Pelakon ‘Benci Bilang Cinta’ ini turut menafikan dakwaan dia sengaja mahu mencipta kontroversi dengan kisah menghilangkan diri.

Menerusi laporan Kompas, Marshanda membuka rahsia mengenai apa yang berlaku terhadap dirinya sewaktu berita kehilangannya di Los Angeles menjadi bualan ramai. Tanpa merahsiakan, Marshanda memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

Pada hari kejadian, saya sebenarnya keluar ambil angin dekat pantai. Saya sengaja tinggalkan telefon kerana tidak mahu dikesan dan hanya mahu bersendirian. Tapi setelah beberapa jam tidak pulang ke tempat penginapan, Sheila panik kerana tidak dapat menghubungi saya. Dia hubungi talian kecemasan dan ambulans mencari saya. Anggota ambulans jumpa saya pada waktu itu, kebetulan saya memang sesat. Mata saya juga kabur pada waktu itu kerana ‘contact lens’ basah semasa main air di pantai.

Salah faham turut berlaku di antara saya dan petugas kesihatan walaupun saya menjawab kesemua pertanyaan mereka. Mereka mendapati saya mengambil ubat untuk kesihatan mental lalu mengambil keputusan menghantar saya ke hospital sakit jiwa dan dipantau selama hampir dua minggu.

Ujar Marshanda, dia ditahan sejak 27 Jun sehingga 11 Julai dan hanya dapat menghubungi keluarga sebanyak dua kali sebelum dibebaskan. Tambah Marshanda, dia perlu membayar RM90 ribu untuk kos rawatan dan penjagaan. Disoal mengenai hubungan dengan Sheila, Marshanda memberitahu mereka sudah tidak bersahabat selepas insiden itu.

Sumber: Kompas

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×