berita

Didakwa Ingkar Arahan Perintah Berkurung, Lelaki Maut Selepas Dipaksa Squat Lebih 300 Kali

April 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Manila, Filipina, seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipaksa oleh pengawal keselamatan untuk melakukan senaman squat sebanyak 300 kali sebagai hukuman kerana melanggar arahan menjalani kuarantin di rumah.

Ingkar perintah berkurung

Foto: The Straits Times

Menerusi laporan The Straits Times, kumpulan hak asasi manusia, Karapatan, meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan segera mengenai kes kematian Darren Manaog Penaredondo. Menurut laporan itu juga, Darren ditangkap kerana membeli air selepas pukul 6 petang yang didakwa melanggar arahan perintah berkurung Covid-19 di bandar Trias.  Wilayah itu dilaporkan berada di bawah status kuarantin.

Ujar Setiausaha Jeneral Karapatan, Cristina Palabay, beliau berasa sedih sebaik sahaja membaca berita mengenai kematian Darren. Tambahnya, siasatan perlu dilakukan segera ini kerana, pelanggaran undang-undang anti-penyiksaan mungkin telah berlaku.

Didakwa buat squad lebih 300 kali

Terdahulu, Liga Pelajar Filipina dari Universiti Filipina Los Banos, telah melaporkan di laman Facebook mereka mengenai kematian Darren. Menerusi posting itu juga, Darren dipercayai telah disuruh melakukan squat lebih daripada 300 kali sebagai hukuman dia melanggar arahan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Sumber: The Straits Times

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×