Minggu lalu, OHBULAN! ada menyiarkan kisah pelakon baru ini yang dikatakan menipu pihak wartawan mengenai kelulusan pendidikan yang dimilikinya.
Artikel Berkaitan: Heroin Drama Playboy Itu Suami Aku Jaja Cerita Palsu Miliki Degree
Dalam artikel tersebut, pelakon ini didakwa telah menjaja cerita bahawa dia merupakan seorang graduan sarjana muda jurusan penyiaran daripada Universiti Teknologi Mara.
Terkini, menerusi laporan Metro, pelakon berusia 24 tahun ini nyata tidak terkejut dengan gosip tersebut, malah mengakui bahawa dia masih belum menamatkan pengajiannya.
Risteena sebagai heroin drama ‘Playboy Itu Suami Aku
“Saya memang pelajar jurusan penyiaran dan sepatutnya tamat pelajaran mengikut jadual ditetapkan, tetapi saya dalam proses penangguhan.
Sebenarnya dulu masa beritahu saya belum habis belajar, ada yang suruh saya habiskan terlebih dulu. Ada yang kata saya kejar glamor dan mengutamakan lakonan dari belajar.”
Namun, dek kerana jadual penggambaran yang padat sehingga tahun depan, gadis ini membuat keputusan untuk menangguhkan pengajiannya selama setahun setengah.
“Tawaran berlakon semakin banyak dan jadual saya semakin penuh. Hendak melakukan pendidikan jarak jauh pun tak lepas. Memang saya utamakan kerjaya buat masa ini, sementara orang mahukan saya. Nanti apabila tidak ada lagi yang mahukan saya, susah pula.”
Menganggap bahawa ianya bukanlah satu isu besar, Risteena memberitahu dia harus berkerja untuk menyara keluarganya dan tetap akan menghabiskan pengajiannya kelak.
Memiliki diploma daripada bidang yang sama, Risteena memaklumkan bahawa dia baru sahaja menduduki satu semester dalam jurusan tersebut dan sepatutnya tamat tahun lalu.
Apa-apapun, diharap agar niat Risteena untuk bergelar pemegang ijazah sarjana muda akan tercapai juga kelak.
Jangan dek kerana sibuk dalam bidang lakonan, pengajian pula terus dilupakan. Al-maklumlah, zaman sekarang ini susah untuk kita cari ‘beauty with brain’.
Kredit foto : Temenggong Pictures