Pelakon Isa Khan menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik satu hantaran di Instagram seolah-olah memberi bayangan mengenai status rumah tangganya bersama aktres, Risteena Munim.

Artikel Berkaitan: ‘Boleh Tak Berhenti Masuk Campur Hal Orang, Baik Kau Tengok Balik Solat Dah Cukup Ke Belum’ – Isa Khan

Artikel Berkaitan: ‘Tak Terkira Dosa Yang Aku Dah Buat’ – Isa Khan Tekad Berubah, Mohon Doa Kekal Istiqamah

Isa Khan & Risteena berpisah?

Menerusi perkongsian terbaru di IG Story, Isa atau nama penuhnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, berkongsi beberapa foto termasuk satu foto hitam putih yang memperlihatkan dirinya sedang mencium tangan seorang wanita.

Namun kapsyen ‘2019 – 2026’ pada foto tersebut mengundang pelbagai spekulasi seolah-olah memberi gambaran bahawa perkahwinan yang dibina selama tujuh tahun bersama isteri kini sudah sampai ke penghujungnya.

Bukan tentang siapa yang kita kenal paling lama, yang datang pertama atau yang paling ada. Tapi tentang siapa yang datang dan tidak akan pergi.

Senyuman terukir atas dasar bahagia disangka kekal selamanya, namun ternyata hanya tempat persinggahan sementara.

Rentetan daripada itu, rata-rata netizen mula membuat spekulasi dan mendakwa bahawa pasangan ini sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Untuk rekod, Isa dan Risteena bertunang di Bali pada November 2019. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan sebelum ini sering berkongsi momen kebahagiaan bersama di media sosial.

Komen netizen

Sumber: Instagram Isa Khan