berita

Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, Bapa Puteri Balqis Ditahan Polis

September 8th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Bapa kandung pelakon remaja perempuan, Puteri Balqis telah ditahan polis atas dakwaan melakukan kes serangan seksual, pengabaian dan memiliki bahan lucah.

Artikel Berkaitan: Dakwa Dipaksa Buat Aksi Tak Senonoh Depan Anak, Ibu Puteri Balqis Buka Cerita – ’15 Tahun Kami Diam’

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual, Menteri Kata Bapa Akan Disiasat Jika Laporan Dibuat

Artikel Berkaitan: ‘Dia Tengok Pornografi Macam Kartun’ – Puteri Balqis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah?

Bapa ditahan polis

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya iaitu Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, lelaki yang berusia 43 tahun itu telah ditahan di rumahnya di Kedah sekitar 2.25 petang, kelmarin. Menurut sumber, pihak polis turut merampas telefon bimbit suspek dan ia akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia untuk dianalisa.

Hasil saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif dan suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Difahamkan, suspek telah dibawa ke Majistret Mahkamah Shah Alam dan akan ditahan reman selama tujuh hari iaitu sehingga 12 September untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, Puteri Balqis yang berusia 15 tahun telah membuat pendedahan di YouTube mengenai sikap bapa kandungnya yang didakwa telah melakukan serangan seksual ke atas dirinya selain tidak menjaga kebajikannya. Malah, mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung isu terbabit.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

SKIP THIS AD ×