Baru-baru ini, pelakon Puteri Balqis menerusi satu temubual di Youtube ‘Bros Gang TV’ membuat pendedahan mengejutkan mengenai dirinya yang dikatakan pernah menjadi mangsa gangguan seksual.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Tengok Pornografi Macam Kartun’ – Puteri Balqis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah?
‘Tidak teragak-agak ambil tindakan tegas’
Menerusi temubual tersebut, Puteri Balqis turut mendakwa dirinya sering diraba dan dicium oleh bapa kandungnya.
Pendedahan Puteri Balqis secara tidak langsung telah mendapat respon Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd. Harun.
Menurut beliau, setakat ini, pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan rasmi berhubung dakwaan namun jika ada laporan, pihaknya bersedia untuk bertemu dengan pelakon itu untuk siasatan lanjut. Tambahnya lagi, beliau hanya mengetahui dakwaan itu melalui media.
Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Saya difahamkan bahawa artis cilik ini hanya dedah pengakuan itu melalui laman sosial Twitter sebelum tular apabila diulang ciap ramai netizen terutama peminatnya.
Sementara itu, Datuk Seri Rina Harun akui sedih sekiranya benar kejadian tersebut berlaku. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan individu yang melindungi dan membimbing anak-anak dan bukannya merosakkan masa depan mereka.
Jika keadaan tersebut betul, ia amat menyedihkan kerana ibu bapa terbabit sepatutnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada anak mereka sendiri.
Sumber: Kosmo