Ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd. Aziz tampil mendedahkan pengalaman pahit yang dialaminya selama 15 tahun sejak bergelar isteri.
Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Dakwa Dicium, Diraba & Diajak Tengok Video Lucah, Bapa Akan Disiasat Jika Laporan Dibuat
Artikel Berkaitan: Ditegur Tidak Baik Buka Aib Ayah Secara ‘Public’, Netizen Sedih Dengar Kisah Puteri Balqis
Ibu Aqish dedah sikap suami
Menerusi perkongsian di Instagram Morosechild, Norashikin mengakui terkilan dengan sikap segelintir individu yang mendakwa tindakan dia dan anaknya seakan mengaibkan keluarga sendiri. Malah mereka juga sering dihina, dituduh menipu dan menjaja cerita kononnya mereka hidup susah semata-mata mahu meraih simpati ramai.
Sebelum sekutu-sekutu dan saudara mara anda berterusan menghina, ‘nak siasat’ dan mengugut saya dan anak saya ingatkan kembali kes-kes curi motor ketika dia (suami) bekerja sebagai guard di sebuah sekolah menengah. Motor-motor yang dicuri disembunyikan dalam longkang di tepi pondok guard.
Memaksa saya untuk berada di pondok guard, dipaksa dan dilatan seperti anjing kurap, meninggalkan saya waktu malam seorang diri di pondok guard. Tidak dibenarkan ke mana-mana, sementara dia dan seorang lagi guard menjalankan samun dan curi motor. Adakah itu bukan jenayah dan abuse?
‘Kami jijik..’
Tidak terhenti di situ, Norashikin mendedahkan suaminya didakwa pernah mencuri telefon bimbit yang ditinggalkan individu di atas meja. Malah pada suatu ketika, dirinya yang sedang hamil terpaksa tidur di dalam kereta kerana melarikan diri daripada Ahlong (wang yang dipinjam suami).
Ketika di Sungai Wang, dia memaksa saya tidur di dalam satu bilik yang penuh dengan lelaki sedang menghisap “ice’ sehingga saya muntah teruk kerana kesan asap ‘ice’ yang terlalu banyak dan saya sentiasa dalam ketakutan tidak tahu ke mana arah apabila melihat salah seorang dari mereka sedang, ‘high’ sedang masturbate. Tidak ada tempat untuk saya mengadu waktu itu dia bangga ‘battle’ mabuk bersama kawan-kawannya yang lain.
Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa dipaksa melakukan aksi tidak senonoh di dalam kereta sedangkan pada ketika itu, anak perempuan mereka berada di bahagian tempat duduk belakang.
Kami jijik. It was a nightmare for us. Terlalu banyak yang dipendam oleh anak saya. Bila kena pada anak netizen, kita kena fight!” Bila kena pada seorang pelakon, ‘Oh dia cuma belakon..”
Adakah saya mangsa? Adakah anak saya mangsa? Tidak. Kenapa tak buat report? Kenapa nak takut sangat? Pada setiap yang saya jelaskan dan tidak lagi saya jelaskan, dia tidak pernah ditangkap atau tertangkap, kerana dia punya kroni yang terlalu ramai.
Banyak lagi pendedahan
Sumber: Morosechild