berita

Didakwa Langgar SOP, Polis Cari Penganjur & 50 Tetamu Hadir Pertunjukan Fesyen

March 30th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah jenama pakaian terkenal di Malaysia didakwa tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika mengadakan pertunjukan fesyen di Damansara Perdana pada 24 Mac lalu. Susulan daripada itu, pemilik butik tersebut telah tampil memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Artikel Berkaitan:Pertunjukan Fesyen Didakwa Langgar SOP, Pemilik Butik Tampil Mohon Maaf

Terbaru, pihak polis menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan akan mengesan penganjur dan tetamu yang hadir ke pertunjukan fesyen tersebut untuk siasatan lanjut.

Polis cari penganjur, tetamu

Superitenden Ku Mashariman Bin Ku Mahmood iaitu Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memaklumkan, hasil daripada semakan video dan gambar yang viral di media sosial jelas menunjukkan kesemua tetamu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung.

Penganjur juga telah memuat naik pelbagai gambar sepanjang berlangsungnya majlis yang dianggarkan lebih kurang 50 orang tetamu hadir tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.

Tambahnya lagi, pihak polis akan mengesan dan membuat semakan daftar tetamu yang hadir menerusi aplikasi MySejahtera. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 22(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Siaran media

Sumber: Redzuan NewsMPB

SKIP THIS AD ×