Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz menyelar tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya memakai tudung gara-gara mahu mempromosikan perniagaan yang diusahakan olehnya.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Berpantang 5 Hari, Syukur Prosedur Cuci Rahim Berjalan Lancar – ‘Saya Jenis Jaga Dalaman’
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Menangis Alami Keguguran – ‘Saya Memang Nak Anak Lelaki’
Perniagaan saya tak sendu
Menurut individu berkenaan, Sasha didakwa memakai tudung kerana perniagaan yang diusahakan olehnya itu semakin sendu. Ujar individu itu lagi, penghijrahan Sasha didakwa sebagai salah satu cara untuk melariskan perniagaan kembali.
Berikutan daripada itu, Sasha tampil bersuara dan mengatakan bahawa perniagaannya okey sahaja dan tidak sendu seperti yang diperkatakan individu tersebut.
Bukan itu sahaja, Sasha turut menegaskan bahawa dia berhijrah selepas pulang daripada menunaikan umrah. Tambah Sasha, penghijrahan tersebut merupakan kemahuan dirinya sendiri dan bukan atas faktor perniagaan.
Saya kurang faham dengan kenyataan berhijrah disebabkan sendu dalam perniagaan. Saya berhijrah sebab baru balik dari umrah hari itu. Di sini saya perbetulkan, saya pakai hijab bukan sebab sendu. Saya pakai hijab sebab saya terdetik nak pakai selepas pulang daripada menunaikan umrah. Sekian.
Sumber: Sasha Abdul Aziz