Foto: Tangkap layar ciapan tweet
Sebelum ini, viral satu ciapan tweet daripada seorang aktivis terkenal yang meminta netizen ‘memerhatikan’ jam tangan yang dipakai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Idris Ahmad. Individu itu bagaimanapun, mendakwa jam tersebut merupakan jam tangan berjenama mewah.
Artikel Berkaitan: [TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu Di Bawah Pentadbiran Ismail Sabri
Respon Menteri
Foto: Idris Ahmad
Susulan daripada isu itu, Idris menerusi satu hantaran di laman Facebook, tampil memberikan respons berhubung dakwaan tersebut. Ujar Idris, jam tersebut merupakan jenama Buruj yang telah lama dipakai olehnya dan digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Difahamkan jam tersebut berfungsi untuk untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.
Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat. Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat.
Ketika artikel ini ditulis, status tersebut telah dikongsi lebih 3.6k pengguna Facebook dan memperoleh ratusan komen.
Sumber: Idris Ahmad