berita

Didakwa Permainkan Nama Ayah Orang Lain, Fikry Ahmad Mohon Maaf & Akan Lebih Berhati-Hati

May 24th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini pengacara Gema Gegarvaganza musim pertama, Fikri mendapat kecaman netizen kerana dikatakan mempersendakan nama bapa kepada pelakon Fattah Amin dan Diana Amir.

Artikel berkaitan : “Main-Main Dengan Nama Ayah Orang Lain” – Pengacara GGV Fikry Dikecam Netizen, Lawak Tak Bertempat

Menerusi mstar online, Fikry Ahmad menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan perkara yang sebenar.

Saya ada sebut Fattah Amin Ya Rabbal Alamin, Amir Reka

Di pentas akhir Gema Gegarvaganza baru-baru ini, Fikry Ahmad didakwa telah mempersendakan bapa kepada pelakon Fattah Amin dan Diana Amir.

Namun, beliau menafikan dakwaaan itu dan menjelaskan tiada niat mahu mengaibkan mana-mana pihak.

“Bagi saya perkara itu tidak mengaibkan mana-mana pihak, saya ada sebut Fattah Amin Ya Rabbal Alamin, ia membawa maksud yang baik dan sesuai dengan program GGV yang lebih Islamik.

 “Selain itu, Diana Amir pula saya fokus kepada Amir yang selalu digelar “Amir reka”.

“Mungkin orang lain salah faham dan ada pandangan masing-masing,”

Mohon maaf dan akan lebih berhati-hati

Beliau juga memohon maaf jika perkara itu menjejaskan sensitiviti dan menimbulkan kemarahan masyarakat. Beliau juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan lawak selepas ini.

“Saya terkejut apabila ia menjadi viral dan netizen menghentam saya bertubi-tubi di laman sosial.

“Malah ibu saya yang tiada laman sosial pun menelefon bertanyakan perkara sama.

“Lawak Fattah Amin itu saya pernah bawa ketika  pertandingan Lawak Solo dulu dan tidak pun menjadi isu. Mungkin kerana isu Watson Nyambek menjadikan saya turut terkena tempiasnya,”

Diharapkan selepas ini individu lebih berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu lawak, walaupun bergurau mungkin tidak sesuai apabila menyentuh isu sensitif.

sumber : mstaronline

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×