

Semalam, tularnya dakwaan mengatakan pengasas jenama baju melayu terkenal, Elrah Exclusive iaitu El Azman telah menciplak reka bentuk samping yang merupakan rekaan turun-temurun milik keluarga suami pempengaruh terkenal, Tyra Kamaruzzaman iaitu Emran Rijal.
Walau bagaimanapun, timbul pula dakwaan mengatakan pihak Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman mahu mendapatkan royalti dengan menularkan isu itu di media sosial.
Artikel Berkaitan: El Azman Didakwa Ciplak ‘Design’ Samping Suami Tyra Kamaruzzaman? – ‘We Need To Talk’
Tak hamak duit orang
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Tyra tampil menafikan dakwaan tersebut.
Menurut Tyra, dia dan suami tidak terdetik untuk mendapatkan royalti kerana sudah selesa dengan kehidupan yang ada.
Pada yang cakap kita nak ‘ride’ isu ini sebab nak duit royalti dari ‘si dia’ itu.
Saya tahu yang saya tak tunjuk ‘lifestyle’ saya dan tak pernah tunjuk apa yang saya ada tapi kita tak hamak duit orang lain.
Saya hidup cukup selesa, tak perlu nak dapat duit dari pihak sana untuk hidup mewah mewah sangat.
Ujar Tyra, dia sentiasa berpegang dengan kata-kata ayahnya untuk mencari dan mendapatkan rezeki yang berkat.
Ramai yang cakap sebab suami dan saya tak berkemampuan, sebab itu kita buat posting untuk ‘viral’.
Tak tahu ukuran kemampuan itu diukur dengan cara apa tetapi ayah saya selalu pesan, biar kita tak kaya janji rezeki yang kita ada dan dapat dari rezeki yang berkat dan bukan hasil aniaya siapa-siapa.
Di akhir perkongsian, Tyra memaklumkan kehidupannya sungguh selesa meskipun tidak mempunyai ‘sports car’ dan duit yang banyak.
Posting Tyra Kamaruzzaman

Sumber: IGs Tyra Kamaruzzaman







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
