Penyanyi Bella Astillah akhirnya membuka mulut berhubung dakwaan dirinya sudah kembali berbaik dengan suami, Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Tutup Macam Mana Lagi?’ – Bella Astillah Anggap Caprice Takut, Dakwa Jadi Dalang Buat Akaun Palsu Sebar Aib
Artikel Berkaitan: Bella Astillah & Anak-Anak Gembira Sambut Aidilfitri Tanpa Aliff Aziz – ‘Saya Memang Tak Jumpa Mahupun Berhubung’
Bella buka mulut isu rumah tangga
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IS Story), Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, akui terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan berita tidak sahih berhubung rumah tangganya.
Izinkan saya perbetulkan apa yang disiarkan hari ini (Isnin) di beberapa media. Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.
Jawab salah, tak jawab lagi lah dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam ni lah jadinya. Semua fakta dipusing. Saya hormat kerja media tapi tolong hormat juga empunya badan.
Sementara itu, Bella berkata meskipun dia mendiamkan diri tetapi tidak bermaksud apa yang dihebahkan itu adalah benar. Sebaliknya, Bella akui dia kini cuba menjalani kehidupannya dengan tenang.
Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul. Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen yang tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam Bella.
Saya sudah lama move on dan cuba hidup tenang. Sekali lagi, saya minta maaf. Saya hormat kerja rakan media.
Terdahulu, media melaporkan Bella memilih untuk mengunci mulut berhubung dakwaan sudah berbaik dengan Aliff Aziz. Menerusi laporan tersebut, pengurus Bella iaitu Umi Atiqah memberitahu segala kenyataan akan dimaklumkan sendiri oleh Bella selepas kes mahkamah selesai.
Sumber: Instagram Bella Astillah