berita

Didakwa Sudah Berpisah Dengan Zul Ariffin, Ini Respon Zahirah Macwilson

March 9th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Tahun lepas satu insiden yang tidak diingini berlaku antara Zahirah Macwilson dan dua lagi pelakon popular Malaysia. Isu itu secara tidak langsung turut memberi kesan kepada Zul Ariffin dan sejak dari itu, hubungan mereka dikatakan retak menunggu belah.

Masing-masing lebih senang mendiamkan diri tanpa memberi sebarang komen. Terbaru menerusi Astro Awani, pelakon jelita akhirnya memberi sedikit penjelasan mengenai hubungan dengan Zul Ariffin.

Ingin lebih fokus dengan kerjaya

Walaupun didakwa hubungan Zul telah berakhir, Zahirah Macwilson akui hubungannya dengan pelakon kacak itu masih dalam keadaan baik. Namun begitu, Zahirah tidak ingin mengulas lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka.

Cukup sekadar saya katakan kami baik-baik sahaja dan masih berhubung, tapi saya enggan komen lanjut mengenai hubungan kami. Saya dan Zul tak bergaduh atau bermasam muka.

Saya mohon maaf kerana tak dapat memberikan penjelasan terperinci. Sebagai perempuan, tak manis untuk saya memberikan komen berlebihan. Banyak hati yang perlu saya jaga dan saya juga tak nak babitkan pihak lain.

Sekarang, masing-masing sibuk dengan tawaran lakonan. Lebih baik kami memberikan fokus terhadap kerjaya.

Walaupun dilanda kontroversi tahun lalu, Zahirah ingin lebih fokus dalam bidang lakonan.

Tahun lalu, saya terpalit dengan beberapa kontroversi. Jadi, saya mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

Saya mahu terus fokus terhadap apa yang saya usahakan dan ingin mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

Saya juga mahu memberikan kualiti terbaik dalam setiap karakter lakonan untuk membalas jasa keluarga serta peminat yang tidak berhenti menyokong selama ini.

Sumber: Astro Awani

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×