Di Instagram, pelakon, Adi Putra dipercayai menyindir pihak penerbitan iaitu Studio Kembara yang dikatakan sukar dihubungi. Menurut Adi Putra, dia sudi menghadiahkan sebuah telefon bimbit buat pihak penerbitan tersebut bagi memudahkan urusan berkomunikasi dan berurusan.
Tidak hadir tayangan di Jakarta
Ujar Adi Putra, dia terpaksa menggunakan media sosial untuk menyampaikan mesej kepada pihak Kembara Studio. Tambah Adi Putra, dia tidak akan hadir ke majlis tayangan filem ‘Mat Kilau’ di Jakarta.
Berikutan daripada itu, Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berkata dia tidak tahu mengenai perkara tersebut. Jelas Abdul Rahman, dia mengetahui mengenai posting tersebut menerusi rakannya.
Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi. Tunggu saya dapat respons staff (kakitangan) dulu. Ada ke Adi Putra ‘call’ tapi tak jawab. Pagi ni mereka mungkin tidur lagi. Semalam ada diskusi lewat malam.
Terdahulu, posting Adi Putra telah menimbulkan pelbagai persoalan termasuk ada pihak membuat spekulasi ia membabitkan bayaran dan pemberian bonus. Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman, tidak ada sebarang isu dibangkitkan sebelum ini.
Sumber: Harian Metro