Ibu kepada selebriti Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil tampil memaafkan semua pihak yang membuat fitnah terhadapnya dan keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Ada Juga Orang Nak Jadi Saya’ – Ibu Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: ‘Teruskanlah Dengan Fitnah-Fitnah Selagi Anda Boleh & Mampu’- Ibu Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Difitnah Minta Bella Serahkan Salah Seorang Cucu Supaya Adil
Takut hanya pada Allah
Di Instagram, Fiza dilihat memuat naik satu tangkap layar sebuah artikel yang memaparkan tajuk ‘Ibu Aliff Aziz Takut Kalau Ramai Perempuan Yang Cuba Menggoda Aliff Semasa Berlakon’. Ujar Fiza, apa yang ditulis itu adalah fitnah.
SubhanaAllah fitnah manusia yang tiada akhirnya. Kami maafkan, semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah. Jangan pernah gentar pada makhluk tapi takutlah hanya pada Allah.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Fiza dilihat menutup ruangan komennya itu. Aliff juga kelihatan memberi tanda ‘like’ di posting berkenaan.
Terdahulu, terdapat satu kenyataan palsu dan berbaur fitnah telah dimuat naik di platform media sosial berhubung Fiza.
Tidak berdiam diri, ibu kepada aktor berusia 33 tahun itu tampil mempertahankan diri dan yakin tidak semua individu akan mudah percaya akan kenyataan tersebut.
Sumber: Fiza