berita

Didakwa Tawar Pakej Pelancongan Tak Wujud, Suami Isteri Dihadapkan Ke Mahkamah

October 9th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, sindiket penipuan berkaitan pakej pelancongan seringkali terjadi tanpa kita sedari. Terbaru, pasangan suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa menawarkan pakej pelancongan tidak wujud dan tanpa lesen.

Tipu 20 orang mangsa

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, pasangan suami isteri yang dikenali dengan nama Muhammad Iqbal Mohd Sani dan Intan Nurulhaleda Mohd Yunus didakwa telah menjalankan kegiatan ini pada 25 Jun hingga 30 Ogos yang lalu di beberapa buah kawasan termasuk di Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Pangkalan Tentera Udara Subang, Hospital Sungai Buloh dan beberapa kawasan lain

Muhammad Iqbal dan isteri didakwa telah menipu seramai 20 orang mangsa berkaitan pakej pelacongan tidak wujud itu dengan meminta mereka memasukkan duit ke dalam akaun I&I Paradise Venture. Lebih mengejutkan apabila jumlah keseluruhan tersebut mencecah sebanyak RM10, 454.

Mengaku tak bersalah

Menurut sumber, sebanyak 39 pertuduhan telah dibacakan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali tetapi kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah. Daripada 39 pertuduhan tersebut, sebanyak 19 pertuduhan disebabkan menawarkan pakej pelancongan tidak wujud dan akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahakan mereka akan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 20 lagi pertuduhan adalah kerana menawarkan pakej pelancongan tanpa lesen dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Akta Industri Pelancongan 1992 dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 5 (3) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda tidak melebihi RM50,000 dan tambahan denda sehingga RM5,000 bagi setiap kesalahan yang terus dilakukannya.

Pihak mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes pada 16 November 2020.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo Online

SKIP THIS AD ×