berita

Didakwa Terlalu ‘Demand’, Adi Putra Perjelas Kenapa Minta Bayaran Tinggi

November 10th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebuah syarikat produksi drama dikatakan telah menarik balik tawaran berlakon kepada Adi Putra selepas pelakon itu didakwa terlalu ‘demand’ soal bayaran. Perkara itu dikongsikan sendiri Adi Putra menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Salahkah ‘demand’ gaji tinggi?

Menerusi posting tersebut, Adi dilabel sebagai seorang artis yang ‘demand’ kerana gaji yang diminta olehnya. Jelas Adi, gaji yang diminta tersebut adalah sangat berbaloi dengan qualiti yang setanding diberikan olehnya, dan gaji yang diminta cukup memadai bagi tawaran drama bersiri.

Tidak berakhir di situ, Adi turut menjelaskan kesemua gajinya akan digunakan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Posting tersebut telah meraih pelbagai reaksi dan komen netizen yang mengatakan tidak salah untuk Adi ‘demand’ gaji sebanyak itu, atas bakat luar biasa yang dimiliknya.

Producer tamak

Alhamdulillah rezeki

Menerusi posting terbarunya, Adi menjelaskan rezeki (tawaran berlakon) yang diterima olehnya merupakan rezeki rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, bukan untuk dirinya semata-mata. Menerusi ruang komen, rata-rata bersyukur dengan rezeki yang diterima olehnya dan mengucapkan tahniah.

Selepas ini, Adi bakal membintangi sebuah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang bakal ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda.

Sumber: Adi Putra

SKIP THIS AD ×