berita

Didakwa Terlalu Leka Berkaraoke, Ibu Tak Sedar 2 Anak Mati Lemas Dalam Tangki Najis

February 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan situasi yang dialami oleh ibu ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa dua orang anaknya sudah pergi buat selama-lamanya. Kedua-dua mangsa yang merupakan adik-beradik ini dipercayai telah jatuh ke dalam tangki kumbahan di rumah mereka.

Leka berkaraoke

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika si ibu yang dikenali dengan nama Suhar sedang leka berkaraoke di dalam rumah mereka yang terletak di Tamiang Hulu, Indonesia. Sebelum kejadian, si ibu berada di belakang rumah untuk membersihkan tangki berkenaan sementara kedua-dua anaknya, Alfizil Aini dan Zikra Hidayatullah itu sedang bermain di kawasan tersebut.

Si ibu kemudian masuk sebentar ke dalam rumah untuk berehat sambil berkaraoke. Namun, tidak lama selepas itu, si ibu baru tersedar bahawa anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun tiada di dalam rumah. Dia kemudian keluar untuk mencari anak-anaknya dan alangkah terkejutnya apabila melihat mereka berdua telah terjatuh ke dalam tangki najis berkenaan.

Mangsa meninggal dunia

Sekadar gambar hiasan

Dia terus menjerit sebaik sahaja melihat anak-anak itu sudah tidak bergerak. Jiran tetangga yang mendengar jeritan Suhar bergegas ke lokasi kejadian. Jiran yang dikenali dengan nama Sumarlan terus melompat ke dalam tangki itu untuk menyelamatkan mangsa.

Mangsa kemudian sempat dibawa ke bidan untuk mendapatkan rawatan awal tetapi malangnya petugas kesihatan mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia. Difahamkan, proses pengebumian adik-beradik ini juga telah selesai.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×