Penyanyi rap terkenal Korea Selatan, G-Dragon mengejutkan para peminatnya selepas ditahan polis atas tuduhan penyalahgunaan dadah.
Artikel Berkaitan: G-Dragon Selebriti Paling Berpengaruh Dalam Fesyen, Mampu Kalahkan Justin Bieber!
Tiada tahanan dibuat
Memetik laporan portal CNA Lifestyle, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong telah dibawa ke Balai Polis Incheon bagi membantu siasatan namun tiada tahanan dibuat.
Menurut pegawai polis yang melakukan siasatan, pihak mereka masih belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang berkaitan dengan bekas anggota kumpulan BIGBANG itu.
Kami mengesahkan bahawa Kwon dibawa ke balai polis namun tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan memandangkan perkara ini masih di dalam siasatan.
Sementara itu, agensi bagi kumpulan BIGBANG iaitu YG Entertainment memaklumkan pihak mereka mengakui sedar akan perkara ini namun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.
Sukar untuk kami memberikan sebarang komen rasmi mengenai perkara ini memandangkan G-Dragon bukan lagi artis yang berada di bawah naungan kami. Kontrak eksklusif beliau sudah pun tamat pada Jun lalu.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama G-Dragon terlibat dengan dakwaan penyalahgunaan dadah. Pada 2011 yang lalu, pelantun lagu ‘Good Boy’ itu pernah didenda selepas didapati menghisap bahan terlarang jenis ganja di luar sebuah kelab di Jepun.
Walau bagaimanapun, tuduhan tersebut berjaya digugurkan selepas G-Dragon mendakwa dirinya secara tidak sengaja menghisapnya kerana menyangkakan ia hanyalah rokok biasa yang tidak mengandungi bahan terlarang tersebut.
Sumber: CNA Lifestyle