berita

Didakwa Tertekan Kerana Wabak, Pelakon Bollywood Preksha Mehta Gantung Diri

May 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Bollywood, Preksha Mehta dipercayai telah membunuh diri pada hari Isnin yang lalu sambil meninggalkan nota terakhir. Berita tersebut ternyata menggemparkan industri hiburan India dan para peminat pelakon tersebut.

Tekanan hidup

Menerusi laporan The Indian Express, aktres muda yang berusia 25 tahun itu menulis bahawa dia tidak boleh hidup dengan impian yang musnah. Hal tersebut didakwa berpunca daripada tekanan hidup ekoran wabak pandemik yang sedang berlaku di seluruh negara.

Impian yang hancur telah merosakkan keyakinan diri saya. Saya tidak dapat hidup dengan impian yang sudah mati. Sukar untuk hidup dalam keadaan negatif. Saya telah cuba sejak setahun lalu, saya sudah penat.

Berikut merupakan nota terakhir yang ditulisnya sebelum ditemui tergantung pada siling kipas rumahnya. Antara filem yang pernah dilakonkan Preksha Mehta ialah filem Padman.

Rest well gorgeous

Sumber: The Indian Express

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×