berita

Didakwa Tidak Terurus & Ambil Dadah, Isteri Justin Bieber ‘Buka Mulut’ Cerita Perkara Sebenar

February 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi, Justin Bieber pernah memberitahu umum bahawa dia menghidap sejenis penyakit iaitu ‘Lyme’. Kalau korang nak tahu, penyakit tersebut merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria. Namun, ianya boleh dirawat dengan cara pengambilan ubat antibiotik serta beberapa kaedah perubatan yang lain.

Menerusi laporan USA Today, isteri kepada Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin, mengakui bahawa penyakit suaminya itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepadanya juga.

Pernah mengalami juga

Menurut Hailey, pengalaman menjaga dan melihat keadaan suaminya dengan mata sendiri telah membuatkan dirinya lebih sedar akan penyakit tersebut.

Saya rasa dengan penytakit ini dan situasi yang dihadapi suami saya, ia membuatkan saya lebih sedar tentang aspek kesihatan dan lebih memberi perhatian terhadap simptom-simptomnya. Penyakit ini menarik kerana ramai yang tidak mempercayai kewujudannya, tetapi saya telah mengalaminya sebelum ini dan kini suami saya yang perlu melaluinya.

Jelasnya lagi, dia pernah mengalami penyakit yang sama namun, tidak percaya suaminya pula menghadapi penyakit tersebut.

Seperti ambil dadah

Sebelum ini , ada pihak yang mengatakan Bieber kelihatan tak terurus seperti mengambil dadah. Walhal, ia adalah salah satu kesan yang dialami daripada penyakit tersebut.

Mengenai isu Justin Bieber mengambil dadah, Hailey memberitahu bahawa perkara tersebut adalah tidak benar. Dia memberitahu umum bahawa penyakit ‘Lyme’ merupakan salah satu sebab utama suaminya kelihatan sebegitu. Justin dipercayai membuka cerita mengenai penyakitnya itu sejak awal tahun ini selepas rata-rata netizen mempertikaikan mengenai imejnya .

Sumber: USA Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×