berita

Didera Suami & Keluarga Mentua Sebelum Nekad Lari, Remaja 16 Tahun Dakwa Dirogol 400 Lelaki

November 18th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa menjadi mangsa rogol 400 orang lelaki. Lebih mengejutkan apabila mengetahui perbuatan jijik itu dipercayai dilakukan kesemua suspek dalam tempoh enam bulan. Kejam!

Dirogol 400 orang

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan India Today, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa tampil ke balai polis untuk membuat laporan. Tetapi malangnya, mangsa yang berasal dari India ini mendakwa dirinya sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual oleh salah seorang anggota polis yang bertugas. Difahamkan, mangsa kini sedang hamil dua bulan.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak yatim itu telah tinggal bersama si ayah selepas ibunya meninggal dunia dua tahun lalu. Meskipun pada ketika itu dia baru berusia belasan tahun, gadis ini dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin. Namun siapa sangka, dia kemudian terpaksa menanggung derita selepas mendirikan rumah tangga kerana kerap menjadi mangsa pukul si suami dan keluarga mentuanya.

Buat laporan, polis ambil ‘kesempatan’

Setahun kemudian, dia membuat keputusan untuk pulang ke pangkuan si bapa tapi malangnya lelaki itu enggan untuk menjaganya kembali. Susulan daripada itu, gadis ini telah berpindah ke Stesen Bas Ambajogai, India selama enam bulan. Pada ketika itulah, dia mendakwa menjadi mangsa rogol 400 orang lelaki.

Dakwanya lagi, dia sudah cuba membuat laporan polis berhubung kejadian tetapi tidak dilayan. Namun sebaliknya yang berlaku apabila dia mendakwa ada seorang anggota polis mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Saya telah didera oleh ramai orang. Saya pergi ke balai polis Ambajogai beberapa kali untuk membuat aduan, tetapi polis tidak mengambil tindakan terhadap pesalah. Sebaliknya, saya diganggu oleh seorang anggota polis.

Difahamkan, kes ini telah difailkan di bawah Akta Larangan Perkahwinan Kanak-kanak. Bapa dan saudara-mara mangsa kemungkinan akan dikenakan tindakan kerana memaksa mangsa berkahwin ketika di bawah umur. Sehingga kini, seramai tiga orang suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×