
Pelakon dan pengacara, Didie Alias memilih untuk tidak menubuhkan persatuan bagi membantu lebih ramai rakan seindustri yang dalam kesusahan.
Artikel Berkaitan: ‘Amyza Nak Bawa Andre Balik Rumah, Tapi Saya Halang’ – Didie Alias
Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Lupa Jasa Mamy, Urus Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami’ – Anak Didie Alias
Persatuan sendiri

Ketika ditemui OhBulan!, Didie, 54, mengakui sesetengah persatuan agak lambat mengambil tindakan sehingga membuatkan dirinya terpanggil untuk tampil membantu setakat yang termampu.
Tambah Didie, bantuan antara rakan-rakan selebriti lebih mudah serta laju untuk disalurkan kepada anak seni yang ditimpa kesusahan.
Nak tunggu persatuan bertindak agak lambat. Jangan bantu bila ada perkara yang viral sahaja.
Sepatutnya soal kebajikan anak seni, persatuanlah kena bertindak dulu.
Jadi Lebih baik kami bantu sesama kami sendiri. Kita jaga kita.
Didie berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma Kuala Lumpur, pada Rabu.
Laju membantu rakan seindustri

Mengulas lanjut mengenai tindakannya yang sering dilihat menghulurkan bantuan, Didie akui segalanya dilakukan dengan ikhlas kerana tidak mengetahui bagaimana nasibnya pada masa akan datang.
Tegasnya, bantuan yang dihulurkan bukan untuk mendapat gelaran presiden mahupun perhatian daripada mana-mana pihak namun lahir daripada rasa simpati yang kuat.
Mungkin sekarang hari mereka. Nanti masa depan, mungkin saya pula yang ditimpa kesusahan.
Selagi saya ada kelapangan, sihat dan panjang umur, saya akan cuba bantu rakan-rakan artis yang di dalam kesusahan. Bukan sebab saya nak jawatan presiden persatuan.
Sebagai seorang anak seni kita tahu macam mana kehidupan kawan-kawan kita. Rasa simpati itu kuat.
Terdahulu, Didie meraih pujian netizen apabila membuktikan semangat setiakawan yang sentiasa ada di sisi pelakon Amyza Aznan ketika diuji dengan masalah kesihatan anak.








