Sebelum ini, pelakon, Chacha Maembong menafikan dakwaan beliau dikaitkan dengan sindiket Macau Scam dan terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan sehingga mendapat bayaran puluhan ribu ringgit.
Artikel berkaitan: ‘Kalau Betul Dapat RM40k Satu Malam, Buat Apa Berlakon Lagi?’
Terbaru, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, membuat laporan polis terhadap individu yang menyebarkan fitnah dengan mendakwa dirinya terlibat dalam dua kegiatan tersebut.
Saya telah buat laporan polis
Pada 20/10/2020, saya telah membuat satu laporan polis diatas nasihat peguam saya. Tujuan laporan ini adalah bertujuan untuk menghentikan dan menafikan segala fitnah yang berleluasa tentang diri saya berkenaan isu macau scam dan juga tuduhan aktiviti pelacuran, saya juga akan bekerjasama dengan pihak SPRM dan pihak POLIS jika dipanggil untuk memberikan kerjasama dan saya juga akan mengambil tindakan kepada individu yang telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut. Tindakan susulan dari pihak guaman akan dijalankan, laporan kes ini kini didalam siasatan, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga siasatan dari pihak polis selesai. Sekian terima kasih.
Menurut Chacha, tujuan utama laporan polis dibuat adalah untuk menghentikan segala fitnah yang menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti. Tambahnya, dia akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis dan SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan.
Fitnah tanpa usul periksa
Rata-rata netizen bersetuju dan menyokong tindakan Chacha membuat laporan polis. Menurut netizen, individu yang membuat fitnah tersebut perlu didakwa dan dikenakan tindakan dengan segera.
Sumber: Chacha Maembong