berita

Digelar Nicky Minaj Malaysia, Video Klip Lagu Terbaru Kila Fairy & Sean Kingston Jadi Perhatian

February 22nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Selebriti Kila Fairy sememangnya merupakan antara selebriti yang sering menjadi tumpuan para jejaka. Kecantikan wajahnya serta bakatnya dalam dunia seni sering menjadi bualan hangat netizen. Tidak hairanlah, anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini ditawarkan berduet bersama artis antarabangsa, Sean Kingston.

Baru-baru ini Kila Fairy bersama DJ Aku Ash dan Sean Kingston telah berjaya merakam sebuah single berbahasa Inggeris Put The Word In. Lagu yang dimuat naik di Youtube itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menganggap Kila Fairy seperti Nicky Minaj Malaysia. Sama ke?

Video klip terbaru

 

Sejak dimuat naik di Youtube 16 Februari, video muzik ini telah terima hampir 200,000 jumlah tontonan. Ramai netizen yang menyamakan Kilafairy dengan penghibur seksi Amerika Syarikat Nicky Minaj. Tidak kurang yang mengecam antaranya banyak sangat autotune, macam mana nak nyanyi secara langsung.

Klip video ini turut menampilkan beberapa lagi selebiriti tempatan termasuk Izara Aishah, Altimet dan Joe Flizzow.

Komen netizen

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×