Baru-baru ini, industri hiburan Indonesia kecoh dengan khabar angin tentang hubungan cinta yang terjalin antara pelakon cantik, Luna Maya dan jejaka kacak iaitu Maxime Bouttier.
‘Saya tidak tahu bila akan bernikah’
Meskipun Luna pernah digosipkan dengan beberapa lelaki, namun kali ini pelakon berusia 40 tahun ini seakan tidak menafikan sedang rapat dengan Maxime.
Ketika ditanya mengenai hubungannya bersama jejaka berusia 30 tahun itu, Luna hanya tersenyum dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.
Doakan sahaja. Terima kasih, saya tidak tahu bila akan bernikah.
Menerusi laporan media tempatan, kisah percintaan pasangan ini mula tercetus selepas mereka dilihat kerap menghadiri beberapa majlis bersama-sama. Malah, Luna juga dilihat berada bersama ketika meraikan ulang tahun kelahiran Maxime pada April lalu.
Setakat ini, Luna dan Maxime tidak memberi sebarang jawapan berhubung status hubungan mereka.
Sumber: Hot Detik