berita

Dihalau Dari Rumah Ketika Hamil 9 Bulan, Wanita Tak Sangka Dalam Diam Suami ‘Skandal’ Dengan Bekas Isteri

February 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara tidak menyapu dan membersihkan rumah, seorang isteri yang dikenali dengan nama Maya mendakwa telah dihalau keluar daripada kediaman oleh suaminya sendiri. Lebih meruntun hati apabila wanita itu dihalau saat dia sedang sarat hamil sembilan bulan.

Dihalau masa sarat hamil

Kisah sedih itu dikongsikan oleh Maya menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok. Mengenang kembali sejarah hitam yang dilaluinya pada tahun lalu, Maya yang berasal dari Indonesia mendakwa dia bukan sahaja dihalau ketika sarat hamil bahkan rumah keduanya juga ‘dirampas’ oleh si suami. Dakwa Maya dia tidak sangka suaminya tergamak menghalaunya gara-gara tidak berpuas hati apabila rumah mereka tidak disapu.

Ini waktu saya hamil 9 bulan. Dihalau di tengah malam keadaan hujan dan ketika itu saya jadi bingung fikir nak lahirkan anak di mana.

Bercerita dengan lebih lanjut, Maya mendakwa dia sudah mendirikan rumah tangga bersama si suami lebih daripada 10 tahun iaitu selepas lelaki itu berpisah dengan isteri pertamanya. Sepanjang perkahwinan, Maya mengakui dia dan suami kerap bertengkar dan bermasam muka mengenai beberapa hal yang lain.

Selepas bercerai dengan isteri pertama, dia keluar dengan sehelai sepinggang. Sebelum kami berumah tangga, dia tak ada apa-apa dan selepas berkahwin dengan saya, dia mempunyai segala-galanya.

Bekas suami bawa lari duit

Namun siapa sangka, lelaki itu dalam diam telah kembali semula ke pangkuan bekas isteri pertamanya meskipun pada ketika itu dia masih berstatus suami Maya. Lebih menyakitkan hati apabila lelaki itu bersama wanita tersebut dengan selambanya menuntut harta dan mengambil alih perniagaan milik Maya. Malah mereka berdua tanpa rasa malu membuat keputusan untuk tinggal di rumah milik Maya.

Kalian pencuri. Kalian sewakan rumah saya itu dan hasilnya kalian bawa lari.

Tidak sanggup asyik ‘dipergunakan’ oleh bekas suami, Maya akhirnya melaporkan ketidakadilan yang berlaku kepada pihak berwajib. Menerusi satu video lain, Maya bersyukur ketua kampung dan anggota polis yang bertugas sanggup membantunya selain turut berharap masalah mereka dapat diselesaikan dengan segera.

Video

Sumber: Memeii Maya

SKIP THIS AD ×