berita

Diiktiraf Antara Jenama Halal Terbaik Dunia, Jalankan Ibadah Korban Tanpa Ragu Dengan EZ Qurban!

July 15th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Apabila korang berniat hendak menjalankan ibadah korban, memilih platform yang berkemampuan dan dipercayai untuk menjalankan ibadah ini adalah penting. Hal ini demikian kerana, ada garis panduan yang perlu dipatuhi bagi memastikan ibadah ini sah disisi agama.

Justeru itu, penting untuk korang selidik dahulu latar belakang sesuatu platform yang mengendalikan ibadah korban dan berbaliklah pada fakta serta fatwa kerana ibadah korban merupakan salah satu cari  mengangkat syiar Islam.

Terima pengiktirafan halal dunia, EZ Qurban tak mengecewakan!

Bagi korang yang tak familiar dengan EZ Qurban, mereka adalah platform yang membolehkan korang menjalankan ibadah korban dan aqiqah secara dalam talian dengan lebih mudah.

Berpengalaman menjalankan ibadah korban dan aqiqah selama 14 tahun sejak tahun 2007, korang kena tahu yang EZ Qurban telah menerima pelbagai anugerah diperingkat antarabangsa. Antaranya ialah anugerah THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BEST BRANDS bagi kategori ‘Korban and Aqiqah’ yang telah dimenangi pada tahun ini.

Berikut ialah Anugerah lain yang turut EZ Qurban terima:

  1. ISO 9001:2015 (SISTEM PENGURUSAN KUALITI)- Penyediaan Pengurusan Jenama EZ Qurban dan Pengurusan Aqiqah & Qurban.
  2. ANUGERAH KECEMERLANGAN ISLAM 2020 Anjuran MAJLIS DAKWAH NEGARA: Jabir Ibn Hayyan ‘People’s Choice Awards’
  3. THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS :
    1. 2016, 2017, 2019: Penyertaan Terrbesar dalm Program
    2. ‘Korban’2017: Penyertaan Terbesar Untuk Majlis ‘Akikah’ Di anjurkan dalam setahun.
    3. 2019: Organisasi ‘Akikah’ & ‘Korban’ Pertama Yang Mendapat MS ISO 9001: 2015 (SISTEM PENGURUSAN KUALITI)

Selain itu, segala transaksi kewangan dan operasi EZ Qurban termasuklah urusniaga dengan pembekal di seluruh dunia dipantau sepenuhnya oleh Amanah Warisan Berhad (AWARIS), selaku pemegang amanah yang tertakluk dibawah Akta Pemegang Amanah 1949.

Maka, tiada isu penyelewengan atau salah guna dana oleh mana-mana pihak. Jadi korang tak perlulah rasa bimbang atau ragu untuk menjalankan ibadah korban!

EZ Qurban jalankan ibadah korban di lebih 35 buah negara!

Menjalankan ibadah korban di lebih 35 buah negara termasuklah Malaysia, Kenya, Chad, Uganda, Tanzania, Burundi, Palestin, India, Bangladesh, Kemboja, Indonesia dan 24 negara yang lain. Melalui EZ Qurban, korang boleh laksanakan ibadah korban di negara-negara yang umat Islamnya jauh lebih memerlukan.

Perlu diingatkan, ibadah korban dilaksanakan bukan hanya untuk mengangkat syiar Islam tetapi ianya juga merupakan salah satu kaedah untuk berkongsi rezeki dengan saudara islam yang tidak berkemampuan.

Jalankan ibadah korban serendah RM320 untuk satu bahagian!

Sempena Perayaan Aidil Adha yang bakal menjelang nanti, EZ Qurban menawarkan pelaksanaan ibadah korban diluar negara serendah RM320 untuk satu bahagian. Bagi korang yang nak sertai ibadah korban bagi tahun ini korang boleh klik sahaja di SINI untuk pendaftaran atau hubungi talian, 03-618 619 11. Mudah kan?

**Penyertaan ibadah korban tempatan & Palestin telah ditutup.

Berminat nak dapatkan maklumat lanjut mengenai EZ Qurban? Apa kata korang klik sahaja link yang disertakan dibawah.

Website: EZ Qurban

Facebook: EZ Qurban

Instagram: EZ Qurban

SKIP THIS AD ×