berita

Diiktiraf Sebagai Warisan Dunia UNESCO, Silat Sah Milik Malaysia!

December 13th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Siapa sangka akhirnya silat seni warisan Malaysia akhirnya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Berita baik itu turut dikongsi oleh UNESCO menerus laman rasmi twitter mereka. Rata-ratanya berbangga dengan pengiktirafan yang diterima Malaysia untuk kali ketiga ini. Hebat!

Diiktirafkan oleh UNESCO

 

Seni Silat ni memang sangat terkenal dan digunakan di rantau nusantara termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh badan dunia yang dianggotai oleh 24 ahli jawatankuasa mewakili anggota-anggota daripada negara yang dipilih untuk mengisi kerusi jawatankuasa itu.

Penyenaraian di peringkat UNESCO merupakan pengiktirafan bertaraf dunia ke atas satu daripada khazanah warisan negara bagi warisan kebudayaan tidak ketara.

Penyenaraian ini juga akan memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan dunia dan secara tidak langsung akan mendapat perhatian pelbagai pihak dan dunia.

Bagaimanapun, pengiktirafan ini telah diumumkan secara rasmi dalam persidangan mesyuarat sesi ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang berlangsung di Bogota, Colombi.

Pengiktirafan ketiga selepas Makyong dan Dondang Sayang

Sebelum ini, seni warisan Mak Yong juga telah membawa nama Malaysia buat pertama kalinya di persidangan sesi ke-3 UNESCO dan dimasukkan dalam kategori Masterpieces of the Oral and Intangible Cultural Heritage of Humanity (Originally Proclaimed 2005).

Pada sesi persidangan sesi ke-13 UNESCO juga, Malaysia telah mendapat pengiktirafan kali kedua dari badan dunia itu menerusi seni warisan Dondang Sayang dalam kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity.

Kini, seni mempertahankan diri silat pula telah mendapat pengiktirafan, dan ianya juga amat bermakna buat Malaysia. Pengiktirafan tesebut sekali gus dapat mengukuhkan hubungan jaringan dengan kebanyakan negara anggota yang secara langsung akan membantu memudahkan Malaysia mengangkat lebih banyak pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara pada masa akan datang.

Sumber : Harian Metro,  UNESCO 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×