Tak lama lagi, umat Islam seluruh dunia bakal meraikan bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan Al-Mubarak. Namun, bagi Irma Hasmie dan pasangannya, kegembiraan itu akan lebih berganda apabila mereka dijangka bakal menimang cahaya mata kedua pada 18 Julai depan.
Mana tak seronok, memang daripada awal kelahiran, Irma mahu mendapatkan bayi perempuan dan nyata doanya itu telah dimakbulkan. Jadi, tak hairanlah apabila Irma mengatakan bahawa dia lebih teruja daripada suaminya, Reza Syah Azmeer. Yelah, lepas ni ada kawan pergi shopping! Hehe.
Bagaimanapun, menerusi laporan Mstar Online, pengacara program Islamik itu menyatakan bahawa dia pada mulanya resah kerana sebelum ini imbasan yang dilakukan di hospital tidak menampakkan jantina anaknya.
Irma dan anak pertamanya, Irfhan
“Mula-mula saya resah juga kerana sudah beberapa kali buat imbasan sebelum ini masih belum nampak jantinanya dan Alhamdulillah akhirnya doktor mengesahkan bakal mendapat bayi perempuan.
“Saya paling teruja berbanding suami kerana saya memang mengimpikan mendapat anak perempuan dan Insya-Allah lengkap keluarga kami kerana sebelum ini saya sudah dapat anak lelaki.”
Walaupun teruja, Irma memberitahu bahawa dia dan suami membuat persiapan yang sederhana sahaja kerana banyak barangan milik anak pertama mereka, Irfhan masih boleh digunakan.
“Ikutkan perasaan memang ingin beli banyak benda tetapi banyak barangan milik Irfhan masih elok dan boleh digunakan. Saya hanya beli beberapa keperluan seperti baju bayi perempuan dan beberapa barangan yang perlu sahaja.”
Kredit foto: Instagram Irma Hasmie & Suami