berita

Dijemput Beri Motivasi Untuk Pelajar Sekolah, Netizen Persoal Kenapa Haqiem Stopa?

July 6th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Selebriti TikTok Haqiem Stopa yang sebelum ini pernah menjadi buah mulut netizen kerana diangkat menjadi ikon permotoran anak muda oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal, sekali lagi menjadi sebutan selepas dipanggil untuk bercakap di hadapan sekumpulan pelajar sekolah.

Pelajar teruja bergambar

Dalam satu perkongsian video milik Haqiem di akaun TikTok, pemuda berusia 22 tahun itu dilihat tiba di sebuah sekolah dan diiring masuk, dipercayai menjadi tetamu jemputan untuk sebuah acara yang berlangsung di sekolah tersebut.

Haqiem kemudian dilihat bercakap menggunakan mikrofon di atas pentas, seolah-olah sedang memberikan kata-kata motivasi kepada para pelajar di sekolah tersebut.

Haqiem juga dilihat sakan bergambar bersama pelajar-pelajar sekolah yang kelihatan teruja dengan kehadiran TikToker dengan 872 ribu pengikut itu di sekolah mereka.

Susulan itu, seorang pengguna Facebook, Kuro Bikeseller memuat naik satu hantar berkaitan dengan video tersebut dan mempersoal tentang mengapa pempengaruh TikTok itu dijemput untuk bercakap di hadapan pelajar sekolah.

Kuro pada hantarannya rasa tidak setuju dalam pemilihan individu yang diberi peluang untuk bercakap di hadapan pelajar-pelajar yang merupakan pelapis masa depan.

Kenapa dia di jemput? Atas dasar apa? Cemerlang dalam pendidikan? Cemerlang dalam usahawan? Cemerlang dalam dunia permotoran?

Aku tak setuju orang macamni di beri peluang bercakap depan budak² lapisan zaman akan datang.

Orang macamni patut kita ignorekan , bukan di beri perhatian.

Hantaran milik Kuro itu telah mendapat lebih 5,000 komen, dan 4,700 kongsi.

‘Habis belajar terus merempit ya’

Dalam pada itu, ruangan komen video yang dikongsi Haqiem sendiri juga dilimpahi dengan komen-komen netizen yang kurang berkenan dengan jemputan ‘ikon permotoran’ itu untuk memberi kata-kata motivasi kepada pelajar sekolah.

Sumber: TikTok @haqiemstopa, Facebook Kuro Bikeseller

SKIP THIS AD ×